Sunday 20 November 2011

Jam sifir 6

   Cikgu dengar  ada lagi yang tidak dapat menyelesaikan operasai darab kerana tidak dapat menghafal sifir.   Apa kata hari ini  kita membina sifir 6 dengan menggunakan jam.  Mudah sebagaimana membina sifir 5 menggunakan jam. 
Nak tahu caranya…….
a.      Mula-mula sediakan sebuah jam. Kita hanya menggunakan jarum panjang sebagai penunjuk.
b.     Kira jumlah minit mengikut kiraan jam biasa.
c.     Jumlah minit kemudian ditambah dengan nombor yang didarab.

Contoh,
1.       Jarum di nombor 1                                                     
             6  x  1  =
Tambahkan  5 minit dengan 1
          5  +  1  =  6

2.      Jarum di nombor 2
            6  x  2  =
Tambahkan 10 minit  dengan 2
          10  +  2  =  12

3.      Jarum di nombor 3
           6  x  3  =
Tambahkan 15 minit dengan 3
        15   +   3  =  18

4.      Jarum di nombor 4
             6  x  4  =

Tambahkan 20 minit dengan 4

         20  +  4  =  24

Begitulah seterusnya hinggalah 6 x 12. 
Anak-anak boleh mencubanya sekarang.
Bagaimana?  Mudahkan……

Mari kita sama-sama mencuba soalan di bawah secara lazim
a.     2431  x  6  =
b.     5040  x  6  =
c.     5204  x  6  =
d.     9076  x  6  =
e.     4300  x  6  =