MENDARAB DENGAN 10, 100 DAN 1000
cara MUDAH
Hai , jumpa lagi.
Semalam cikgu janji akan tunjukkan cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan soalan darab yang melibatkan 10, 100 dan 1000.
Ingat lagi, cikgu tuliskan semula soalan-soalannya.
1. 398 x 10 =
2. 400 x 100 =
3. 506 x 1000 =
Nak cuba? Silakan…
1. 398 x 10 =
Mula-mula tuliskan secara lazim, tetapi letakkan 0 di luar jalankira.
Tak faham?
Lihat jalan kira yang cikgu tunjukkan di bawah
3 9 8 *
X 1 0 0 dikeluarkan
Kemudian , tuliskan 0 dibawahnya dan semua nombor sama seperti di atasnya.
3 9 8
X 1 0
3 9 8 0 = 3980
2. Seterusnya, kita cuba soalan ke 2 pula.
400 x 100 =
Sama seperti di atas, buat bentuk lazim dan keluarkan 0.
4 0 0 * *
X 1 0 0 keluarkan dua-dua 0
Kemudian , turunkan 0 di bawahnya dan diikuti dengan
semua nombor di atasnya.
4 0 0
X 1 0 0
4 0 0 0 0 = 40000
3. 506 x 1000 =
5 0 6 * * *
X 1 0 0 0
5 0 6 0 0 0 = 506000
Bagaimana?
Lebih mudah dan tidak mengelirukan bukan….
Selepas ini, anda boleh mencogak sahaja jawapannya. Mudah dan pantas..
Anda boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian anda. Tentu ibu dan bapa anda berbangga dengan anda.
Allah sayang kepada anak-anak yang dapat mengembirakan hati ibu dan bapanya….amin..