Monday 5 December 2011

Assalamualaikum,
Jumpa lagi
Cikgu harap setelah agak lama kita berehat, semuanya  telah mahir mendarab dengan 1 digit dan juga mahir mencongak darab dengan 10, 100 dan 1000.

Hari ini kita akan belajar
         mendarab 2 digit dengan 2 digit

Sebenarnya ada banyak cara  untuk menyelesaikan operasai  darab ini.  Cikgu akan tunjukkan pelbagai cara untuk menyelesaikannya.  Anak-anak bolehlah memilih cara yang paling sesuai dan mudah. 

Selamat belajar
1.  Cara panjang

2.  Cara lattice


3.  Cara Silang 


Anak-anak juga boleh menggunakan cara pantas untuk mendapatkan jawapan melalui cara-cara di bawah.  Cara ini sesuai digunakan untuk kertas 1 tetapi tidak sesuai untuk kertas 2 yang memerlukan jalan pengiraan.



Bagaimana, dah buat pilihan?
Sekarang cuba selesaikan soalan-soalan di bawah secara lazim mengikut cara yang anak-anak telah pilih.

1.    42  x  33 =
2.   14  x  23 =
3.   34  x  62 =
4.   43  x  40 =
5.   35  x  53 =

Selamat mencuba........semoga berjaya

Ingat..... hati-hati semasa mengira, 
               pandu cermat jiwa selamat...