Assalamualaikum,
Jumpa lagi…
Cikgu harap setelah agak lama kita berehat, semuanya telah mahir mendarab dengan 1 digit dan juga mahir mencongak darab dengan 10, 100 dan 1000.
Hari ini kita akan belajar
mendarab 2 digit dengan 2 digit
Sebenarnya ada banyak cara untuk menyelesaikan operasai darab ini. Cikgu akan tunjukkan pelbagai cara untuk menyelesaikannya. Anak-anak bolehlah memilih cara yang paling sesuai dan mudah.
Selamat belajar
1. Cara panjang
2. Cara lattice
3. Cara Silang
Anak-anak juga boleh menggunakan cara pantas untuk mendapatkan jawapan melalui cara-cara di bawah. Cara ini sesuai digunakan untuk kertas 1 tetapi tidak sesuai untuk kertas 2 yang memerlukan jalan pengiraan.
Bagaimana, dah buat pilihan?
Sekarang cuba selesaikan soalan-soalan di bawah secara lazim mengikut cara yang anak-anak telah pilih.
1. 42 x 33 =
2. 14 x 23 =
3. 34 x 62 =
4. 43 x 40 =
5. 35 x 53 =
Selamat mencuba........semoga berjaya
Ingat..... hati-hati semasa mengira,
pandu cermat jiwa selamat...
1. 42 darab 33 = 1 386
ReplyDelete2. 14 darab 23 = 322
3. 34 darab 62 = 2 108
4. 43 darab 40 = 1 720
5. 35 darab 53 = 1 855
Adakah btul apa yang saya jwap ni?
Harap-harap ada orang jawap soalan saya ni, Amin..